smiLe :)

Thursday, January 20, 2011

Amalan Sunat bulan Rejab

Ana nak wat entry tentang amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan sepanjang bulan Rejab. Sama-samalah kita kongsi ilmu ya. Pasti semua tahukan bulan Rejab juga dikenali sebagai bulan ALLAH SWT& bulan Rejab juga merupakan bulan ketujuh mengikut kaledar hijrah.

Di Bulan ini kita digalakkan untuk memperbanyakkan puasa kerana terdapat maanfaat disebalik puasa tersebut. Antara amalan sunat yang boleh dilakukan ialah:

1. PUASA SUNAT :

Hari Puasa

Kelebihan
1Mendapat Keredaan yang besar daripada Allah SWT.
2Mendapat Kemulian kepada Allah SWT
3Diselamatkan oleh Allah daripada bahaya dunia, seksa akhirat penyakit gila dan fitnah syaitan serta dajal.
7Ditutupkan 7 pintu neraka untuknya
8Dibukakan 8 pintu syurga untuknya
10Allah SWT akan makbulkan permintaannya
15Allah SWT akan menghapuskan dosanya yang lalu dan mengantikan semua kejahatan dengan kebaikan.
Lebih 15 hariSebagainya tambahan pahala.

2. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran pada bulan ini. 

3. Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali setiap hari dan jika dapat membacanya lebih daripada 11 kali lebih baik.

4. Perbanyakkan istigfar kepada Allah. Perbanyakkanlah mohon keampunan kepada Allah SWT. Kerana sesunguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha pengampun. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa dan kesilapan kita.

Selain itu juga perbanyakkanlah amalan yang perlu kita lakukan sepanjang masa seperti bersedekah, membaca doa, mendirikan solat-solat sunat serta yang wajib kita dirikan solat fardhu.Sama-samalah kita mengigati Allah SWT agar kita meperolehi kebahagiaan didunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment